Pn. Samsina dan En. Rehan Ikhsani dari SM Teknik Sg. Buloh sedang memberi penerangan mengenai Program yang ditawarkan untuk masuk Ke SM Teknik seluruh negara
21 orang pelajar Tingkatan 3 mengikuti Kursus Pendedahan Aplikasi Photoshop v5.2
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM) pada 22.6.2010 (Selasa) di Bilik Mesyuarat. Antara perkara yang telah dibicarakan ialah: 1. Tiga JK baru diwujudkan iaitu JK. Jadual Kedatangan, JK PPDa, JK. Sistem Penalti. 2. Aktiviti dan Program Unit HEM - harap guru-guru rujuk lampiran yang diedarkan semasa mesyuarat. 3. Guru tingkatan diharapkan agar dapat melengkapkan jadual kedatangan. 4. Program Sistem Penalti - slip salahlaku ada diletakkan di Kantin, Bilik Guru dan Pejabat. 5. Pn. Zuhaida merupakan S/U JK HEM yang baru. 6. Gunakan kad keluar kelas yang telah diedarkan kepada guru sebagai kebenaran semasa pelajar keluar kelas7. Latihan kebakaran akan diadakan pada bulan Julai 20108. Beliau sangat berharap agar guru bertugas kena proaktif pada minggu mereka bertugas - hubungi ibu bapa / penjaga pelajar jika mereka sakit di sekolah. 9. Kebersihan dan keceriaan bilik khas perlu diberi perhatian agar kelihatan ceria, menarik dan bersih.
Majlis anjuran pihak SMKSC telah diadakan di Dewan Wawasan. YDP dan TYDP serta beberapa orang AJK PIBG turut hadir memeriahkan lagi majlis ini. Saya amat berterima kasih kepada seluruh warga SEMESCO yang telah menganjurkan majlis serta memberikan kerjasama sepanjang saya bertugas di SMK. Sg. Choh
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar telah disempurnakan oleh En. Che Zainudin bin Che Mohd Noor, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor di Dewan Wawasan SMKSC Barisan Pengawas yang menunggu untuk mengambil watikah Pengawas Sesi Petang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Pengawas Pusat Sumber Sekolah Barisan Pimpinan Pengawas sesi pagi dan sesi petang
Kawasan sekitar sekolah yang dikenalpasti tempat membiak nyamok telah dilawati oleh tiga orang pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Mereka berharap dalam masa 7hari, kawasan pembiakan ini dapat dibersihkan.
Gambar kenangan Hari Guru 2009 Program Pelajar Islam di Dewan Sekolah (Bacaan Yasin dan Tahlil) Program Persatuan Bahasa Tamil di Bilik Mesyuarat. Tarian Pelajar India, Tarian Melayu Asli dan Juruacara persembahan di dewan Penyampaian Cenderahati dan Hidangan makan tengahari.